KELAS NADI X MAHIR – MAHIR FOTO MINGGU 14

13 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 13 April 2026 – Kelas Mahir Foto Minggu ke-14 di NADI Bengoh telah diadakan secara dalam talian dari jam 3:00 hingga 4:30 petang dengan penyertaan seorang peserta tempatan.

Pada sesi kali ini, topik yang dibincangkan ialah “Kepentingan Pasca-Penerbitan”, yang memberi penekanan kepada proses akhir dalam penghasilan video berkualiti. Penceramah telah menerangkan bahawa pasca-penerbitan memainkan peranan penting dalam memastikan hasil video lebih profesional dan menarik.

Antara perkara yang diketengahkan termasuk proses menyunting rakaman, memperbaiki kualiti audio dan warna, serta menambah elemen kreatif seperti muzik dan kesan khas. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan teknik untuk memastikan penyampaian naratif video lebih jelas dan berkesan kepada penonton.

Program ini berjaya memberi pendedahan berguna kepada peserta dalam meningkatkan kemahiran penghasilan kandungan visual.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali